Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Angin kencang Barat Daya yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dengan kelajuan 40-50 kmsj dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini boleh menyebabkan ombak setinggi 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selat Melaka Selatan, Bunguran dan Reef South pula dijangka berterusan sehingga awal petang hari ini.

Menurut kenyataan itu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sementara itu, aktiviti ribut petir di perairan Sarawak (Miri, Bintulu, Mukah, Rejang dan Kuching), Selangor dan Negeri Sembilan dijangka berterusan sehingga awal petang Jumaat.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment