Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kakitangan Felcra Bhd bakal menikmati bonus enam bulan gaji pada tahun depan jika sasaran keuntungan RM100 juta bagi tahun ini dapat dicapai.

Pengerusinya, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai ekoran setakat Jun tahun ini, Felcra Bhd telahpun mencatat keuntungan RM55 juta.

“Sekiranya sasaran kita mencapai 100 peratus keuntungan Felcra, saya tidak akan teragak-agak untuk melobi kepada lembaga pengarah untuk memberi bonus enam bulan kepada staf Felcra,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Felcra Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan prestasi kewangan Felcra yang memberangsangkan, kakitangannya juga akan diberi bayaran ganti cuti rehat dalam bulan ini.

Bung berkata perkara itu merupakan satu daripada perancangan Felcra Bhd dalam usaha menjaga kebajikan kakitangannya.

Katanya, sebanyak 300 unit kuarters juga akan dibina khusus untuk pekerja Felcra dan pihaknya telah membeli lebih empat hektar tanah di sekitar Gombak untuk tujuan itu.

“Selain itu, kita akan bina tambahan 300 rumah mampu milik untuk staf dan selebihnya untuk komersial,” katanya.

Dalam ucapannya pada majlis itu beliau menyatakan bahawa Felcra Bhd akan menanggung semua kos perubatan hospital untuk kakitangannya sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta melalui Yayasan Felcra Bhd.

“Sebelum ini, Felcra hanya akan bayar kos perubatan di hospital kerajaan, namun kali ini kita akan usahakan agar kos di hospital swasta juga akan ditanggung,” katanya.

Beliau turut mengumumkan cadangan lain seperti menubuhkan sebuah sekolah bistari khas untuk anak-anak kakitangannya yang cemerlang dalam akademik.

Felcra Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang menjalankan perniagaan perladangan dan kelapa sawit selain mempelbagaikan bidang kegiatannya dengan menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment