Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

IPOH – Seorang ejen dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi, atas lima pertuduhan pecah amanah wang pembiayaan pelajar ke keluar negara berjumlah RM78,888.

Tertuduh Chan Voon Jiun, 50, yang juga pemilik Syarikat E Eagle Enterprise bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Voon Jiun adalah ejen penghantaran pelajar ke luar negara didakwa melakukan pecah amanah itu membabitkan penghantaran pelajar ke tiga kolej di Australia iaitu Kolej Princeton Institute of Education, Kolej Aice dan Kolej IBN.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di syarikat miliknya sejak Januari hingga Oktober 2012.

Bagi semua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Nadiah Isa manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Yazzer Azzad Zainuddin. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment