Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 19, 2014

No Comment

FELDA United akan memastikan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) berputih mata pada perlawanan kedua Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Selayang, malam ini.

Skuad The Fighters sudah pasti tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan itu yang turun mencari kemenangan pertama bagi mencerahkan peluang ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Pemain tengah Felda, Shahrulnizam Mustapha berkata, pasukannya akan memanfaatkan aksi di laman sendiri memusnahkan impian anak buah Azmi Mohamed.

“Kami akan membuat persiapan rapi berdepan JDT II kerana mereka mempunyai kemampuan luar biasa untuk mengecewakan kami, apatah lagi dibimbing oleh seorang jurulatih yang cukup berkaliber.

“Semua posisi harus berfungsi dengan baik agar kami dapat menguasai permainan dan semua peluang yang dicipta harus diterjemahkan dengan jaringan,” katanya.

Pemain yang lebih mesra dengan panggilan Arul itu berkata, mereka tidak boleh leka dan perlu berkomunikasi dengan baik agar kubu mereka tidak dibolosi dengan mudah.

“JDT II mempunyai penyerang import yang bagus apatah lagi mereka telah buktikan pada perlawanan sebelum ini dan ia perlu diberi perhatian serius,” ujarnya.

Arul berkata, ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim mempunyai kepakaran menyusun taktikal terbaik agar mampu menyekat kemaraan juara Liga Super itu.

“Apa yang pasti, kita mahu menang dalam perlawanan ini. Saya harap rakan sepasukan rebut peluang ini dengan baik supaya kami muncul pasukan paling awal layak ke peringkat berikutnya,” katanya lagi. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment