Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014


GAZA – Dua situasi berbeza dalam satu negara. Itu yang disampaikan oleh dua gambar diatas yang mana satu kawasan adalah yang dihuni oleh penduduk Palestin manakala satu lagi dihuni oleh warga Zionis.

Gambar besar adalah suasana di bandar Ashkelon, yang dihuni oleh Zionis. Dalam gambar tersebut, kelihatan, mereka sedang bersuka ria macam tidak berlaku perang dalam negara Palestin.

Gambar dibawah pula, gambar rakyat Palestin yang hilang segala-galanya. Kedua-dua gambar ini dirakam dalam masa gencatan senjata selama 72jam antara Israel dan Hamas baru-baru ini.

Di Ashkelon, gencatan senjata dimanfaatkan untuk Zionis bersantai-santai berehat manakala di Gaza pula, rakyat Palestin kembali ke tinggalan sisa rumah mereka untuk mengutip apa yang boleh lagi digunakan.

Satu lagi keadaan yang mengharukan berlaku di Gaza semasa gencatan senjata ialah sekolah dibuka seperti biasa. Mereka sememangnya pergi belajar untuk berjihad di jalan Allah - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment