Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

ANGEL Di Maria tidak menyertai Paris Saint-Germain (PSG) musim baharu ini kerana pemain Real Madrid itu dikatakan terlalu mahal.

Juara liga Perancis ini hanya menyediakan £50 juta pound untuk mendapatkan pemain sayap Argentina ini yang turut menjadi perhatian Manchester United.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mendedahkan yuran Di Maria terlalu mahal ketika sidang media memperkenalkan pemain baharu kelabnya, David Luiz.

“Kami ada berbincang dengan Real Madrid kemungkinan untuk mendapatkan Angel Di Maria, tetapi nilainya terlampau tinggi,” jelasnya.

Bagaimana pun beliau tidak mendedahkan nilai sebenar Di Maria.

Dalam pada itu Luiz yang berpindah dari Chelsea musim ini meminta peminat-peminat tidak menilainya terlalu awal.

Luiz dikritik selepas mempamerkan aksi lemah ketika kekalahan 7-1 kepada Jerman Piala Dunia Jun lalu.

“Saya berlatih setiap hari untuk meningkatkan prestasi dan teruja menyertai kelab besar ini.

“Chelsea hanya kenangan. Ini adalah peluang yang besar. Saya harap dapat memberi prestasi 100 peratus apabila turun ke padang nanti,” jelas Luiz.

Manakala Al-Khelaifi menambah: “Saya mengambil David berdasarkan kualiti seorang pemain bola sepak. Dia mempunyai semangat berpasukan yang baik.” – mStar

0 comments:

Post a Comment