Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment
Gambar hiasan

MACHANG — Ibu bekas Anggota Parlimen Machang Datuk Sazmi Miah, Khadijah Abdul Rahman, 83, cedera ringan dalam satu kejadian samun selepas dilarikan empat lelaki tengah hari tadi.

Sazmi berkata ibunya cedera di hidung dan kepala dipercayai ditumbuk lelaki yang melarikan mangsa dengan sebuah kereta dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu.

“Ketika kejadian, ibu saya berada di rumah dan secara tiba-tiba, didatangi  seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan,” kata Sazmi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Judah di sini. 
    
Beliau berkata lelaki itu kemudian mengheret ibunya ke dalam sebuah kereta yang menunggu bersama-sama tiga lelaki lain tidak jauh dari situ dan melarikan mangsa ke arah Pasir Puteh.

“Setibanya di Kampung Chenggal Pulas bersempadan dengan Machang-Pasir Puteh, ibu saya ditinggalkan di situ dan terpaksa menumpang sebuah lori untuk pulang ke rumah,” katanya.  
    
Sazmi berkata barangan kemas yang dipakai ibunya seperti cincin dan loket bernilai antara RM30,000 dan RM40,000 disamun kumpulan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang ASP Loo Lian Lay mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut. — BERNAMA

0 comments:

Post a Comment