Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara berada dalam keadaan baik dengan hanya lima kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 7 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan ialah Bakar Arang, Sungai Petani (65), Pelabuhan Klang (61), Kampung Air Putih, Taiping (56), Alor Setar (53), dan Seberang Jaya 2, Perai (52).

Sementara itu, sebanyak 45 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU baik.

Antaranya, Batu Muda, Kuala Lumpur (44), Sandakan (37) , Kuala Selangor (34), Kuching (31), dan Langkawi (23).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment