Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014

No Comment

PIHAK lain tidak perlu masuk campur dalam urusan isu pengambilalihan syarikat MAS oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kurangnya gangguan pihak luar berhubung urusan berkenaan adalah lebih baik termasuk daripada AirAsia sendiri.

“Saya yakin Khazanah akan mengumumkan pelan rombakan yang bernas dan dalam proses itu.

“Khazanah perlu diberi peluang melakukan perubahan kepada MAS dan semua pihak perlu memberi kepercayan kepada mereka dalam melaksanakan pelan yang diatur memandangkan Khazanah mempunyai banyak pengalaman,” katanya selepas melancarkan perkhidmatan baharu

AirAsia Premium Flex di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tony menegaskan AirAsia terus memberi tumpuan arah tuju syarikatnya dan tidak akan sama sekali mencampuri urusan pengambil alihan Mas oleh Khazanah.

Sementara itu, perkhidmatan baharu AirAsia Premium Flex direka memenuhi keperluan pelancong bisnes dengan tambahan kemudahan dan keselesaan.

Menurut Tony, perkhidmatan baharu tersebut disasarkan kepada usahawan muda serta perusahaan kecil sederhana (PKS) yang menggunakan penerbangan dalam mengembangkan perniagaan mereka.

“Perkhidmatan ini diharap memberi galakan kepada ushawan muda dan PKS tanpa merisaukan perubahan tarikh serta mengejar penerbangan,” katanya.

Premium Flex membolehkan para pelancong bisnes memperoleh fleksibiliti mengubah tarikh dan waktu penerbangan sehingga dua kali tanpa caj perubahan, percuma daftar masuk 20 kilogram bagasi, menaiki kapal terbang terlebih dahulu dengan Xpress Boarding dan keutamaan bagasi dengan Xpress baggage. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment