Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

KEPALA BATAS – Mayat seorang lelaki yang dibalut dengan kain cadar seperti dikafan ditemui di tepi jalan berhampiran Medan Selera Bukit Minyak, di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 7 pagi.

“Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum ditinggalkan di tepi jalan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tiada sebarang dokumen ditemui pada mayat itu dan polis percaya lelaki itu adalah rakyat asing. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Abdul Rahim meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Beliau berkata polis memandang serius kejadian mayat rakyat asing ditinggal di tepi jalan yang kerap dilapor di sekitar Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), dekat sini.

“Berdasarkan statistik polis, dari Januari hingga Julai tahun ini sahaja, sebanyak lapan kes seumpama itu berlaku di SPT dan kesemuanya adalah warga asing,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment