Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Jumaat memperkenalkan Indeks Inovasi Korporat Kebangsaan (NCII), sebagai alat pengukuran untuk membantu merangsang dan memacu inovasi syarikat-syarikat besar di Malaysia.

Beliau berkata NCII direka untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat-syarikat dalam negara dan peserta utama dalam pasaran masing-masing, yang penting ke arah memacu ekonomi.

Najib berkata platform ini akan memberikan syarikat gambaran menyeluruh mengenai bidang penting yang perlu diuruskan untuk meningkatkan inovasi berkenaan.

“Ia bertujuan untuk menginstitusikan inovasi dan tadbir urus di dalam syarikat-syarikat dan membantu mengenal pasti mekanisme bagi syarikat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti inovasi yang akan memastikan kemampanan jangka panjang mereka,” kata Najib dalam ucapan pada Persidangan Inovasi Malaysia 2014, di sini pada Jumaat.

Perdana Menteri berkata NCII bermatlamat untuk membangunkan pandangan terhadap pelaburan inovasi yang lebih wajar dan menyeluruh serta mengenai pulangannya dan mendidik masyarakat sektor swasta yang lebih luas untuk membantu memupuk persekitaran yang menggalakkan dan tidak mengabaikan mereka yang berusaha dalam inovasi.

“Inisiatif utama yang telah diberikan kepada ‘Agensi Inovasi Malaysia’ atau AIM, untuk melaksanakan NCII, bekerjasama dengan NESTA, sebuah yayasan bukan keuntungan bagi inovasi yang berpangkalan di United Kingdom.

“Saya mempengerusikan majlis tadbir urus AIM dan melihat nilai membangunkan alat yang akan membantu syarikat kita untuk menjadi lebih inovatif, dan NCII menjadi alat untuk melaksana objektif itu dalam tempoh tiga tahun,” kata beliau.

Najib berkata penanda aras dengan langkah-langkah antarabangsa dan bekerja dengan badan-badan antarabangsa yang dihormati telah melihat banyak kemajuan dalam pembangunan alat pengukuran NCII.

“Tambahan pula, jika perbadanan menggariskan perjalanan inovasi dan berkongsi cerita-cerita yang menarik mengenai inovasi seperti yang Amazon dan eBay lakukan, dengan pihak yang berkepentingannya, dan komuniti pelaburan, ia boleh membantu pemain dalam pasaran ekuiti lebih memahami nilai dan inovasi,” kata beliau.

NCII, kata Perdana Menteri akan menjadi lambang bagi syarikat-syarikat dalam jangka panjang, yang akan sama seperti semangat terhadap Indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Bursa, yang akan menanda aras ketelusan syarikat utama negara dan keputusan boleh didapati secara meluas.

Najib berkata Malaysia dalam usaha memacu strategik negara ke arah ekonomi yang lebih berintensifkan pengetahuan untuk mewujudkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ketara.

Perdana Menteri mengingatkan bahawa inovasi bukan sahaja mengenai penyelidikan dan pembangunan (R&D) atau teknologi tinggi atau paten, tetapi untuk menjadikan idea baru kepada sesuatu yang menguntungkan atau sesuatu yang mewujudkan nilai baru.

Selepas pelancaran itu, Najib melawat gerai pameran inovasi dan menghadiri mesyuarat tertutup ringkas dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan syarikat inovatif terkemuka yang mengambil bahagian dalam membangunkan NCII. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment