Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Saham Nestle Malaysia Bhd adalah antara saham paling aktif didagangkan pagi ini berikutan keputusan kewangan separuh pertama 2014 (1HFY14) syarikat itu semalam yang menunjukkan pertumbuhan kukuh.

Harga saham naik 10 sen kepada RM67.80 dengan 4,100 lot bertukar tangan pada 9.54 pagi.
Perolehan Nestle bagi tempoh Januari-Jun meningkat 4.1 peratus tahun ke tahun hasil daripada perbelanjaan pengguna domestik yang tinggi selain usaha berterusan dalam aktiviti pengiklanan dan promosi bagi mengukuhkan lagi penguasaan jenama itu dalam pasaran.

Affin Investment Bank berkata keuntungan bersih Nestle, yang susut tujuh peratus dalam tempoh itu kepada RM302 juta, adalah selari dengan jangkaannya.

Firma penyelidikan itu berkata keputusan 1HFY14 Nestle mencecah 51 peratus dalam unjuran dan konsesus setahun penuh.

“Kami melihat keputusan ini sebagai selari dengan keputusan separuh pertama yang kebiasaannya kukuh, menyumbang 50-60 peratus kepada pendapatan setahun penuh,” kata firma itu dalam nota kajiannya.

Ia berkata kilang baharu pengeluaran Nestle di Sri Muda, yang sedia untuk menambah barisan pengeluaran ‘minuman segera’, dijangka siap pada akhir 2014.
Affin mengekalkan ketetapan ‘ADD’ ke atas Nestle pada harga sasaran yang tidak berubah pada RM72.05.

“Kami terus memilih Nestle kerana kami yakin sentimen pengguna yang lemah tidak memberi impak utama ke atas syarikat berdasarkan kedudukan pasarannya yang kukuh serta nama jenama dan penawaran produk yang mantap yang diperlukan oleh isi rumah,” katanya.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment