Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Mesyuarat Pas Pusat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 13 Ogos ini sekali lagi ditunda kepada 17 Ogos depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada dalam kalangan anggota yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos, lapor sebuah portal.

“Mesyuarat ini penting, maka Pas mahu memastikan semua pihak dapat hadir.

“Insya-ALLAH, 17 Ogos ini semua boleh hadir,” ujarnya.

Sebelum ini, mesyuarat berkenaan yang dijadual diadakan pada 10 Ogos bagaimanapun ditunda kepada 13 Ogos. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment