Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014

No Comment

Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau dengan nama glamornya TMJ baru-baru ini mengkritik pengacara Astro yang dikatakan olehnya sebagai tidak professional di dalam satu artike yang bertajuk "Jadilah Pengacara yang Professional".

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata pengacara Astro tidak menyampaikan maklumat berdasarkan fakta kepada penyokong bola sepak tanah air.

"Bagi pandangan saya, pengacara Astro tidak profesional dan tidak tahu apa apa berkenaan bola sepak. Begitu banyak komen yang berat sebelah dan tidak memberi maklumat yang berdasarkan fakta kepada penyokong-penyokong bola sepak tanah air. Yang pertama berkenaan dengan pasukan Harimau Muda A yang berada di Australia. Zainal Abidin Raub mengatakan bahawa pemain bola sepak pasukan Harimau Muda A menerima pengalaman yang bagus di Australia dan mampu beraksi untuk pertandingan peringkat Asean. Kami sentiasa menyokong pasukan kebangsaan namun bagi pendapat saya kenyataan itu tidak benar. Ini kerana pasukan Harimau Muda A bermain di liga kampung di Australia. Bukan liga gred A. Tetapi liga gred D atau E. Pasukan kita dihantar ke Australia oleh kerana ada beberapa individu yang ada kepentingan peribadi mereka dan bukan dengan niat untuk menambah baik lagi mutu pasukan kita.",kata beliau di laman web johorsoutherntigers.com.my.



Selain itu, TMJ juga mengkritik pegacara Astro yang selalu menafikan yang pengadil bola sepak tanah air adalah begitu teruk dan tugas pengacara adalah memberi maklumat yang benar kepada para penonton dan penyokong bola sepak tanah air. - SiakapKeli.com

sumber : johorsoutherntigers.com.my/


0 comments:

Post a Comment