Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

ANKARA – Bakal Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) akan mengadakan mesyuarat khas pada 21 Ogos ini bagi mencalonkan penggantinya sebagai pemimpin parti dan Perdana Menteri.

Erdogan, yang menang dalam pilihan raya presiden pusingan pertama pada 10 Ogos lalu, perlu berundur bukan sahaja sebagai Perdana Menteri tetapi juga pemimpin AKP apabila beliau mengangkat sumpah pada 28 Ogos ini.

“Kami akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif parti Khamis minggu depan dan kemudian akan mengumumkan calon yang dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa parti,” Erdogan dipetik sebagai berkata oleh akhbar Hurriyet.

AKP juga memutuskan untuk mengadakan kongres luar biasa parti pada 27 Ogos untuk menerima pelantikan pengganti Erdogan. – AFP

0 comments:

Post a Comment