Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014


MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Belaga menyelar tindakan syarikat konsesi pembalakan yang mengenakan bayaran tol di Jambatan Murum merentasi Empangan Hidro Murum sebanyak RM150 untuk satu perjalanan, yang disifatkan terlalu mahal.

Ketua PKR Cabang Hulu Rajang/Belaga Abun Sui Anyit berkata, beliau percaya kerajaan tidak menganugerahkan konsesi untuk lebuh raya dan seterusnya mengenakan tol kepada syarikat berkaitan.

“Tanah atau hutan kawasan konsesi balak masih milik kerajaan atau tanah adat rakyat tempatan Belaga, bukan harta persendirian syarikat, justeru adalah tidak wajar syarikat mengenakan tol,” katanya.

Abun berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Liwan Lagang dalam akhbar tempatan semalam yang memberitahu bahawa kadar tol di Jambatan Murum itu merupakan yang termahal di Malaysia dan mungkin paling mahal di dunia.

Menurut laporan itu, setiap kenderaan dikenakan caj sebanyak RM150 untuk satu perjalanan dan RM300 perjalanan ulang-alik yang disifatkan keterlaluan dan membebankan penduduk tempatan.

“Jika kerajaan hanya menganugerahkan lesen pembalakan, ini bukan bermakna syarikat ini boleh sewenang-wenangnya mengenakan tol kepada pengguna jalan balak yang dibina.

“Saya meminta Kerajaan Sarawak atau Kerajaan Malaysia menghentikan perbuatan ini.

“Kerajaan perlu menarik balik lesen yang diberikan kepada syarikat ini kerana melanggar syarat lesen kerana lesen atau kontrak mereka bukan konsesi bina jalan raya dan tol,” kata Abun.

Beliau menambah, jika kerajaan gagal menghentikan tol ini atau menarik balik lesen syarikat ini, maka kerajaan atau orang tertentu yang berkuasa dalam kerajaan dilihat sebagai berkompromi atau bersubahat.

“Perbuatan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia seolah-olah menganiaya rakyat Belaga khususnya dan rakyat Sarawak amnya,” katanya. - TheBorneoPost

0 comments:

Post a Comment