Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 28, 2014

No Comment

SETELAH mengalami kekalahan mengejut di halaman sendiri minggu lalu, jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berasa lega apabila anak-anak buahnya kembali mengukir kemenangan dengan menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Selayang kelmarin.

Katanya, sekalipun beraksi di gelanggang lawan, tetapi pemain tidak menunjukkan tekanan sebaliknya berjaya menggerakkan jentera pasukan dengan baik apabila mencipta banyak peluang jaringan.

“Cabaran menentang Felda bukan suatu tugas mudah, apa lagi mereka dalam usaha meraih kemenangan berganda dan sebab itu pemain sudah diingatkan lebih berhati-hati serta bijak memanfaatkan peluang jaringan.

“Saya amat puas hati dengan persembahan malam ini (kelmarin). Pemain kembali dengan aksi baik selepas tewas tiga hari yang lepas kepada pasukan yang sama. Alhamdulillah, dengan memperagakan aksi kemas dan mantap, kita berjaya mendapatkan tiga mata berharga.

“Syabas juga kepada pemain kerana merealisasikan sasaran ditetapkan kerana kemenangan amat penting untuk membolehkan pasukan mara ke suku akhir," katanya ketika ditemui selepas perlawanan tamat.

Mengulas satu slot suku akhir bakal menjadi milik skuad Tok Gajah, Zainal bagaimanapun enggan mendabik dada sebaliknya berharap momentum kemenangan ini dapat diteruskan pada aksi berikutnya untuk membolehkan pasukan mengukuhkan cengkaman dalam Kumpulan A.

"Baki dua perlawanan selepas ini penting, meskipun kita sudah selangkah ke suku akhir, tapi bagi saya peluang tetap seimbang dan pemain tidak boleh ambil mudah kerana semua pasukan akan berjuang berhabis-habisan untuk mengumpul mata.

"Jadi, saya harap pemain akan mengekalkan prestasi yang sama dan jangan leka dengan kemenangan yang diraih," katanya lagi.

Pahang yang kini memimpin Kumpulan A dengan mengumpul sembilan mata akan menanti kunjungan Lions XII di Stadium Darul Makmur Jumaat ini. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment