Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

SEPANG - Waktu bertafakur seluruh negara bagi memberi penghormatan terakhir kepada 20 jenazah MH17 hari ini, dijangka pada jam 10.30 pagi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, waktu tersebut adalah sebagai panduan sekiranya proses ketibaan pesawat khas membawa kesemua jenazah tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat seperti dijadualkan.

“Pesawat kita akan berlepas dari Amsterdam, Belanda pada jam 3.15 petang hari ini (semalam) dan dijangka tiba jam 9.55 pagi esok (hari ini).

“Proses menurunkan kesemua jenazah melalui istiadat khas dijangka mengambil masa antara 30 ke 40 minit,” katanya dalam sidang akhbar selepas raptai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17, di sini, semalam.

Beliau berkata, jika semua proses berjalan lancar, pihaknya menjangkakan waktu bertafakur akan kekal pada 10.30 pagi.

“Bagaimanapun jika terdapat perubahan kita akan maklumkan dari semasa ke semasa menerusi siaran radio dan televisyen.

“Kita mohon seluruh rakyat Malaysia mengikuti perkembangan menerusi saluran-saluran tersebut dan dapat bertafakur selama seminit mengikut agama masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, tujuh lokasi dipilih sebagai lokasi tafakur yang diseragamkan bagi memperlihatkan kepada dunia penghormatan diberikan rakyat Malaysia.

Menurutnya, lokasi tersebut adalah Jambatan Pulau Pinang (jambatan lama), di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) Johor Bahru, KLIA, KLIA2, Pasar Satok di Kuching, Sarawak dan lokasi berdekatan Hotel Hyatt Regency, Sabah.

Menurutnya, lokasi itu dipilih kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai.

“Kita mohon semua rakyat Malaysia tidak kira yang berada di mana sahaja sama ada di rumah, pejabat atau dalam kereta untuk sama-sama bertafakur dengan membaca al-Fatihah dan bukan Islam berdoa mengikut agama masing-masing,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment