Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Semua pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dihentikan selama dua minit bagi menghormati majlis istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa tragedi MH17 hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, bagi tempoh itu, tiada pergerakan pesawat berlaku di kawasan landasan sebagai tanda penghormatan.

“Walaupun mereka (kakitangan penerbangan) perlu bertafakur ia tidak akan menjejaskan sebarang pergerakan dan jadual penerbangan. Ini simbol penghormatan kami," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Azmi Murad berkata, operasi di KLIA juga akan berjalan seperti biasa pada majlis berkenaan.

"MAHB akan mengikut perancangan diatur oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pengelola majlis tersebut," katanya.

Kompleks Bunga Raya, KLIA akan menjadi lokasi istiadat penghormatan pertama yang dikelolakan ATM melibatkan jenazah orang awam.

Jenazah yang diterbangkan dari Amsterdam menggunakan pesawat khas dijadual tiba di kawasan Kompleks Bunga Raya pada jam 10 pagi ini.

0 comments:

Post a Comment