Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

BOGOTA – Sekurang-kurangnya 10 banduan terbunuh manakala 38 yang lain cedera apabila sebuah penjara di Colombia terbakar selepas berlaku pergaduhan antara tahanan, demikian menurut pihak berkuasa, hari ini.

Kebakaran berlaku di penjara di bandar utara Barranquilla awal pagi semalam selepas beberapa banduan bertindak membakar tilam masing-masing ketika pergaduhan.

Menurut pegawai penjara, daripada 38 yang cedera, 12 sudah dibawa keluar dari hospital tetapi dua lagi banduan yang masih berada dalam keadaan kritikal ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Penjara berkenaan dibina bagi menampung kapasiti 275 banduan namun seramai 1,044 tahanan ditempatkan ketika kebakaran. – AFP

0 comments:

Post a Comment