KUALA LUMPUR – Sebanyak 147 kesalahan melibatkan pemborong dan peruncit dengan rampasan bernilai RM16,834 dicatat di seluruh negara dalam Ops Harga 2 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) dalam tempoh dua minggu Januari ini.
Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayuddin berkata selain itu, kompaun sebanyak RM21,050 dikeluarkan sepanjang tempoh itu.
Kebanyakan kes adalah kesalahan tiada tanda harga dan kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, katanya kepada pemberita selepas mengetuai pemeriksaan di Pasar Borong Selangor hari ini.
Beliau berkata bagi premis yang dikenakan notis, peniaga terbabit perlu mengemukakan sebab-sebab mereka tidak meletakkan tanda harga dan bukti harga jualan.
Roslan juga memberi amaran pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment