Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menyediakan perkhidmatan KTM Komuter 24 jam selama lima hari bermula 15 Jan sempena sambutan Thaipusam.

Pengurus Besar KTM Komuter Hider Mohd Yusoff berkata perkhidmatan tren tanpa henti itu melibatkan 405 perkhidmatan tambahan dengan kekerapan antara 15 dan 30 minit untuk semua laluan iaitu Rawang ke Sungai Gadut; Sungai Gadut ke Rawang; Batu Caves ke Pelabuhan Klang; dan Pelabuhan Klang ke Batu Caves.

Beliau berkata perkhidmatan tren itu adalah sebagai tanda sokongan KTMB kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan sasaran bakal dimanfaatkan 500,000 penumpang.

“Kami menugaskan 500 petugas berdedikasi untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang terjaga,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkhidmatan komuter sempena Thaipusam di Stesen KTM Komuter Batu Caves di sini, hari ini.

Orang ramai termasuk pelancong dalam dan luar negara digalakkan mengambil kesempatan atas perkhidmatan itu dan menggunakan konsep ‘Park n Ride’ dengan meletakkan kenderaan di stesen komuter berhampiran dan menaiki tren komuter.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment