Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 26, 2014

No Comment

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 29 terbunuh dalam pertempuran terbaru di Mesir hari ini ketika satu perhimpunan diadakan bagi memperingati revolusi 2011 yang menggulingkan Hosni Mubarak.

Selepas tiga tahun kebangkitan rakyat Mesir bagi menggulingkan Mubarak, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di tengah Kaherah bagi menyatakan sokongan kepada Jeneral Abdel Fattah al-Sisi.

Keadaan itu menyebabkan polis bertempur dengan pejuang Islam dan aktivis di seluruh Mesir.

Jumaat lalu, empat bom meledak di Kaherah, termasuk satu di luar ibu pejabat polis.

Serangan yang diakui dilakukan kumpulan ekstrim berpusat di Sinai mengorbankan enam orang.

Beberapa jam tunjuk perasaan diadakan, satu bom kecil meletup di luar sebuah pusat latihan polis di utara Kaherah, menyebabkan seorang maut, letupan bom di sebuah pangkalan polis di Terusan Suez menyebabkan 16 cedera.

Kumpulan Ansar Beit al-Maqdis yang dipercayai ada kaitan dengan al-Qaeda, Jumaat lalu mendakwa serangan bom berkenaan mensasarkan polis dan meminta kumpulan Islam Mesir supaya mengelak daripada menghampiri bangunan polis.

Pasukan keselamatan di seluruh Kaherah terpaksa dikerah untuk menyuraikan penunjuk perasaan pro-Morsi itu.

Di Daerah Muhandiseen, polis melepaskan gas pemedih mata dan tembakan ke udara terhadap penunjuk perasaan yang berkumpul di pekarangan masjid.

Bunyi tempatan juga kedengaran sehingga lewat malam di kawasan kejiranan Alf Maskan.

Daripada 29 yang terbunuh, 26 orang mati di Kaherah dan kawasan pinggir bandaraya, demikian menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir, Ahmed Kamel.

Seramai 168 orang dilaporkan cedera dan polis berkata 725 suspek sudah ditahan setakat ini. – AFP

0 comments:

Post a Comment