TAIJI, Jepun – Sebanyak 40 ikan lumba-lumba mati dibunuh sekumpulan nelayan selepas haiwan itu terperangkap di sebuah kawasan yang cetek di sini semalam.
Haiwan-haiwan itu dibunuh pada musim para nelayan memburu ikan lumba-lumba.
Sebanyak 52 ekor ikan lumba-lumba ditangkap hidup-hidup untuk dijual kepada pihak pengurusan akuarium dan para pelanggan lain.
Turut dijual ialah seekor anak ikan lumba-lumba albino bersama ibu haiwan tersebut.
Sebanyak 250 ikan lumba-lumba itu terperangkap selepas para nelayan tersebut memasang pukat di kawasan berkenaan sejak Jumaat lalu. – Agensi
0 comments:
Post a Comment