MIRI – Hujan lebat berterusan sejak lewat petang kelmarin menyebabkan kejadian tanah runtuh di Kampung Katong, Canada Hill, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Laluan utama ke perkampungan itu turut ditutup kepada satu lorong berikutan sebahagian jalan runtuh.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sementara itu, pemantauan dijalankan terhadap struktur dan pergerakan tanah di tempat kejadian. – BH Online
0 comments:
Post a Comment