Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran menganggap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketinggalan zaman kerana menyokong supaya Akta Keselamatan Negeri (ISA) diwujudkan semula.

Beliau mendakwa, pendirian Khalid itu juga menunjukkan beliau seorang yang bersifat autokratik dalam pengurusannya kerana mahu menggunakan akta itu untuk membuat tangkapan.

“Nama baik negara terjejas dengan adanya akta zalim seperti ISA yang seringkali dihubungkaitkan dengan negara yang autokratik dan pelanggaran hak asasi manusia.

“Ketua Polis Negara yang menyokong ISA semata-mata untuk meningkatkan kecekapan penangkapan memang berpandangan pendek tanpa mengambil kira harga yang bakal ditanggung oleh rakyat,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Rajiv seterusnya mendakwa, ISA yang membenarkan tahanan tanpa bicara bercanggah dengan semangat undang-undang iaitu seorang hanya didapati bersalah selepas dihadapkan ke muka pengadilan.

“ISA harus menjadi sejarah buat negara kita buat selama-lamanya agar hak rakyat tidak akan dihakis oleh mana-mana pihak,” dakwanya lagi.

0 comments:

Post a Comment