Satu cubaan curi kenderaan berjaya ditumpaskan anggota polis di Jalan Jambatan Gantung, Satok, Sarawak jam 11 pagi tadi.
Suspek ditahan selepas anggota D9 IPK yang sedang melakukan rondaan di kawasan terbabit terserempak dengan dua lelaki cuba memecahkan kenderaan jenis Toyota Hilux.
Butir kejadian dan gambar suspek kini disebarkan menerusi laman sosial oleh orang awam.
Bagaimanapun sebelum suspek dapat diberkas, dikatakan berlaku pergelutan dan kejar mengejar. Salah seorang suspek diberitakan sempat mengacukan pistol namun dua kelopak peluru terjatuh ke jalan.
Salah seorang daripada suspek kemudiannya berjaya melarikan diri menggunakan motosikal manakala seorang lagi, berjaya ditangkap. - REM RAMZI
Sumber: Facebook I Love Sarawak
0 comments:
Post a Comment