Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment
Air Asia
SYARIKAT penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd memperkenal tiga laluan domestik baru, dari Kuching terus ke Langkawi, Miri ke Pulau Pinang dan Miri ke Terengganu.

Menurut AirAsia, pengenalan tiga laluan baru itu akan memberi kemudahan bagi penduduk di Kuching dan Miri untuk berhubung terus ke tiga lokasi di Semenanjung Malaysia itu dan menjimatkan waktu tanpa perlu berhubung menerusi bandar lain seperti Kuala Lumpur.

Ketua Komersial AirAsia, Kenny Wong berkata, syarikat itu aktif mencari dan memulakan laluan-laluan baru terutama yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur dalam usaha mendekatkan komuniti dan menjana ekonomi.

"Ketiga-tiga laluan baru ini pasti akan memudahkan pelancong. Pelan pembangunan kami melalui perancangan yang teliti dan perbincangan antara pakar dalaman AirAsia, sebelum direalisasikan," katanya melalui satu kenyataan.

0 comments:

Post a Comment