Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 14, 2014

No Comment

NAMPAKNYA Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor cuba nak menggagalkan usaha pembangunan bumiputera di negeri ini dengan memberi tekanan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Pusat latihan kemahiran GiatMara di bawah agensi itu di Merbau Berdarah, Sabak Bernam dah ditutup.

Terbaru di Selayang!

Kerajaan BN sewaktu mentadbir Selangor tidak pernah menutup apatah lagi mengenakan sewa kepada pusat latihan tersebut.

Perkara itu memandangkan pusat latihan tersebut merupakan institusi penting yang menyumbang kepada pembangunan kemahiran belia di Selangor dengan memberi peluang kedua kepada anak-anak muda yang tercicir dalam bidang akademik.

Tindakan kerajaan negeri ketika ini cukup zalim kerana terbukti Mara yang telah banyak membantu membangunkan bumiputera di Selangor

Selain GiatMara, kerajaan negeri sebelum ini turut melakukan tindakan sama kepada Mara selepas menyekat cadangan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Hulu Selangor di atas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Pakatan Rakyat perlu beri penjelasan!


0 comments:

Post a Comment