Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

MINGGU lalu mungkin mencatat satu pengalaman yang agak menyeramkan bagi Dropbox dan semua pengguna aplikasi penyimpan imej ini.

Dropbox dikatakan tidak berfungsi, kemudian beberapa kumpulan penggodam menyatakan bahawa mereka telah menggodam sistem aplikasi tersebut dan mula memuat naik informasi pengguna di internet.

Tidak lama selepas Dropbox tidak “berfungsi”, kumpulan penggodam yang dikenali sebagai The 1775 Sec (@1775Sec) membuat kenyataan di Twitter bahawa mereka merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut.

Kemudian, kumpulan Anonymous Korea (@AnonOpsKorea) pula membuat kenyataan sama dan berkata bahawa mereka berjaya mendapatkan senarai alamat emel pengguna Dropbox dan telah memuatnaik senarai tersebut ke laman web, pastebin.com.

Bagaimanapun menurut Dropbox, informasi pengguna seperti yang dinyatakan oleh (@AnonOpsKorea) hanyalah satu penipuan dan senarai tersebut sudah lama dimuat naik di laman web tersebut dan ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Dropbox.

Masalah ini berjaya diselesaikan oleh Dropbox hanya dalam masa tiga jam walaupun @1775Sec masih berkeras menyatakan bahawa situasi tersebut masih lagi berlaku dan mereka telah melancarkan serangan DDoS pada aplikasi tersebut.

Menolak keras kenyataan tersebut, Dropbox mengumumkan bahawa aplikasi tersebut hanya ditutup untuk sementara waktu bagi membenarkan proses rutin naik taraf server dan tiada aktiviti menggodam atau serangan DDoS berlaku pada aplikasi mereka.

Menurut status blog terkini yang dikeluarkan oleh Dropbox, kesemua fail yang disimpan di aplikasi tersebut masih selamat dan tiada maklumat pengguna yang dibocorkan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara ini, layari laman web Outage Postmortem oleh Dropbox.

Sumber: Lowyat

0 comments:

Post a Comment