Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal tercicir mata selepas sekadar seri 2-2 dengan Southampton di gelanggang lawan, awal pagi tadi tatkala Liverpool mengukuhkan cengkaman di tangga keempat selepas membelasah pasukan jiran, Everton 4-0.

Di Stadium St Mary’s, jaringan awal tuan rumah menerusi Jose Fonte pada minit ke-21 dibalas dengan dua gol Arsenal hasil jaringan Olivier Giroud pada minit ke-48 dan Santi Cazorla minit ke-52. Namun Adam Lallana menjaringkan gol penyamaan Southampton minit ke-54.

Keputusan seri itu bakal menyaksikan Arsenal mungkin terlucut kedudukan selaku pendahulu liga andai Manchester City berjaya menewaskan Tottenham dan Chelsea menundukkan West Ham pada aksi yang bakal berlangsung jam 3.45 pagi esok.

Arsenal yang sudah beraksi 23 perlawanan kini mengumpul 52 mata manakala City dan Chelsea yang kurang satu perlawanan masing-masing mengumpul 50 dan 49 mata di tangga kedua dan ketiga.

Sementara itu, di Anfield, Liverpool garang membelasah Everton menerusi jaringan Steven Gerrard minit ke-21, Danial Sturridge minit ke-33 dan 35 serta Luis Suarez minit ke-50. Itu pun Sturridge terlepas hatrik apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti minit ke-54.
Liverpool di tangga keempat dengan 46 mata, tiga mata mengatasi Tottenham di tangga kelima.

Berikut keputusan penuh perlawanan awal pagi tadi:

Man United 2 – 0 Cardiff
Norwich 0 – 0 Newcastle
Southampton 2 – 2 Arsenal
Swansea 2 – 0 Fulham
Crystal Palace 1 – 0 Hull
Liverpool 4 – 0 Everton

Jadual perlawanan, 3.45 pagi esok

Aston Villa lwn West Brom
Chelsea lwn West Ham
Sunderland lwn Stoke
Tottenham lwn Man City 

0 comments:

Post a Comment