Tindakan delegasi Parti WikiLeaks bertemu dengan Bashar mengundang kritikan banyak pihak.
CANBERRA - AUSTRALIA. Menteri Luar Australia Julie Bishop mengkritik tindakan melulu dan tidak produktif delegasi Parti WikiLeaks kerana mengadakan pertemuan dengan Presiden Syria Bashar al-Assad di Damsyik, 23 Disember lalu.
Menurut Bishop, perbuatan wakil parti termasuk bapa pengasas WikiLeaks, John Shipton itu secara tidak langsung telah melibatkan Australia dalam konflik berlarutan akibat perang saudara di Syria.
"Pertemuan tersebut bertentangan dengan pendirian kerajaan yang tidak menyokong rejim Bashar dan ia sememangnya bertujuan untuk memberi kepentingan kepada parti politik mereka," jelasnya lagi.
Sementara itu, Wikileaks memaklumkan menerusi laman sesawang mereka bahawa pertemuan tersebut adalah sebagai tanda perpaduan dengan penduduk Syria selain menyuarakan tentangan mereka terhadap campur tangan tentera barat di negara terbabit. - Al-Arabiya
0 comments:
Post a Comment