Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 2, 2014

No Comment

TAPAH - Pergaduhan di antara dua rakan senegara yang pada mulanya hanya perang mulut berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati dipukul di Kampung SMTD, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Muang Win yang memegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR). disahkan maut di rumah kongsinya setelah mengalami kecederaan parah di kepala, dipercayai dipukul.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat daripada seorang lelaki tempatan tentang pergaduhan melibatkan warga Myanmar terbabit.
Katanya, bagaimanapun, ketika polis tiba di tempat kejadian, mangsa didapati sudah berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa dan rakan senegaranya yang juga suspek utama kes ini telah minum minuman keras di rumah kongsi mereka di Kampung SMTD Selasa lalu kira-kira jam 6.30 petang.

“Setelah beberapa seketika, berlaku pertengkaran mulut menyebabkan suspek memukul mangsa, dipercayai menggunakan kayu dan besi di bahagian kepala sehingga mangsa tidak sedarkan diri," katanya kepada Sinar Harian dalam satu kenyataan, semalam.

Som Sak berkata, selepas menyedari mangsa tidak sedarkan diri, suspek menghubungi majikan mereka dan mengatakan mangsa pengsan.

Katanya, majikan mangsa kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan tiba kira-kira jam 8 malam serta mendapati kepala Muang Win berlumuran darah.

Beliau berkata, majikan segera menghubungi pihak hospital yang kemudiannya mengesahkan Muang Win telah meninggal dunia dan pasukan perubatan menasihatkan individu terbabit menghubungi polis.

“Polis menahan seorang suspek yang juga rakan serumah dikenali sebagai Kartik dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

“Suspek yang berasal dari Myanmar ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment