Seperti bakal ibu yang lain, pelakon kecill molek, Liyana Jasmay turut mengakui dia mengalami alahan teruk di awal kehamilannya.
Menurutnya, ada satu ketika dia tidak selesa apabila suaminya, Fathuddin Mazlan berada di sisi membuatkan dia keliru mengapa terpaksa melalui episod mencabar seperti itu.
Tetapi mujurlah suaminya itu seorang yang cukup penyebar dan tenang melayan segala kerenahnya pada ketika itu.
“Sikap tenangnya itu membuatkan saya sering diburu perasaan bersalah kerana gagal mengawal emosi.
“Dia (suami) tak pernah marah atau berkecil hati, suami memahami dan sentiasa bertolak ansur, terutama apabila saya hamil,” ujar Liyana memetik laporan sebuah akhbar, baru-baru ini.
Pelakon filem Papadom 2 ini menyatakan selagi belum bersalin dia akan terus menetap di Kota Kinabalu, Sabah, menemani suaminya yang membuka perniagaan restoran di sana.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment