PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memohon maaf di atas kesilapan mereka memuatnaik gambar seorang lelaki yang cedera di kepalanya didakwa akibat dibaling batu ketika perhimpunan haram ketika sambutan Ambang 2014 malam tadi.
Kenyataan memohon maaf itu dibuat melalui laman rasmi Facebook PDRM hari ini.
“Kami memohon maaf di atas ketidak pekaan memuatnaik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baru.
“PDRM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeruhkan keadaan,” kata kenyataan itu di Facebook.
Menurut kenyataan itu, PDRM juga merupakan manusia biasa yang juga kerap tersilap.
“Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun akan sentiasa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada.
“Sekali lagi kami mohon maaf di atas apa yang berlaku,” katanya.
Malam tadi, tersebar gambar seorang lelaki dengan kepalanya berlumuran darah dan menurut keterangan gambar, lelaki itu merupakan anggota Pasukan Gerakan Am yang cedera ketika bertugas pada malam ambang tahun baru di Jalan Bukit Bintang.
Lelaki sebenar iaitu, Mohd Zulhilmi Mustafar hari ini tampil mengatakan bahawa dia bukan anggota polis yang cedera tetapi kepalanya cedera kerana ditetak seorang lelaki pada 29 Disember lepas.
(Salinan laporan polis oleh Mohd Zulhilmi yang dimuatnaik di laman Facebooknya membuktikan bahawa dia ditetak dan dia bukan seorang anggota polis yang cedera ketika bertugas di Ambang 2014 semalam)
Dia yang berang dengan penyebaran gambarnya berkata di laman Facebooknya bahawa dia akan membuat laporan polis ekoran kejadian itu kerana secara tidak langsung dia dilibatkan dalam perhimpunan haram berkenaan.
Oleh : IBNU K

0 comments:
Post a Comment