Walaupun bergelar juara dalam program realiti nyanyian One In A Million (OIAM) musim kedua, namun perjalanan seni Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit tidak begitu memberansangkan.
Nasibnya tidak begitu baik jika dibandingkan dengan penyanyi yang lahir daripada rancangan tersebut seperti Shila Amzah dan Alif Satar.
Mungkin menyedari namanya kurang menyerlah dalam bidang tersebut, Ayu bersama suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin kini sedang mengusahakan aktiviti penanaman kelapa dan nenas demi masa depan keluarga mereka.
“Saya dan suami kini mengusahakan aktiviti penanaman kelapa dan nenas yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Kami menceburi pertanian kerana melihat ada potensi besar dan mampu menjamin masa depan keluarga.
“Walau pun masih baru lagi dalam bidang ini (pertanian) namun keyakinan kami berdua untuk bersama-sama meraih kejayaan itu didapati amat cerah dan besar,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Ibu kepada Syed Nashrul Haikal, 4, dan Syarifah Alya Adriana, 3, ini juga berazam untuk kembali lebih aktif dalam bidang seni suara serta mahu gigih bekerja keras untuk mencapai sasaran sebenar yang telah ditetapkan olehnya.
Bagus juga inisiatif yang dilakukan Ayu dan suaminya kan, kalau kita berbakti kepada tanah, pasti pulangannya juga sangat lumayan sekiranya kita sabar menunggu hasil daripada tanaman yang diusahakan
0 comments:
Post a Comment