Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 22, 2014

No Comment

GEORGE TOWN – Mahkamah Sesyen di sini Rabu menetapkan 24 Feb ini untuk sebutan semula kes dua wanita yang berdepan pertuduhan menculik dan memperdagang seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan pada Disember lepas.

Hakim Zulhazmi Abdullah, yang menetapkan tarikh itu, bagaimanapun menolak permohonan peguam Choo Hueay Ting yang mewakili kedua-dua tertuduh, supaya membenarkan anak guamnya diikat jamin memandangkan pertuduhan yang dikenakan adalah pertuduhan yang tidak dibenarkan ikat jamin.

Zuzita Ahmad, 43, yang bekerja sebagai kerani dan pembantu kedai, Ooi Hooi Ling, 37, didakwa menculik bayi itu daripada jagaan neneknya, Faridah Hussain, 53, di rumahnya di Blok 2-3-1, Lorong Lembah Ria 1, Taman Happy Valley, Air Itam di sini pada 3.30 petang, 12 Dis tahun lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memperdagang bayi itu bagi maksud eksploitasi di Surau Rumah Panjang, Tanjong Tokong di sini pukul 5 petang pada hari sama.

Bagi pertuduhan itu, Zuzita dan Ooi didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Selvarajini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment