Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014

No Comment

NUSAJAYA – Pasukan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (Bakisa) mempertahankan gelaran juara badminton dalam pertandingan sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) SeMalaysia 2013/2014, yang berakhir hari ini.

Dalam perlawanan akhir itu, Bakisa menewaskan pasukan Badan Amal, Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan 3-2.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu di Kompleks Sukan Educity, di sini dan kemudian menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa Menteri Besar serta Ketua Menteri.

Walaupun tewas, Bakti telah memberikan saingan sengit kepada Bakisa dan berjaya mengutip mata pertama menerusi pasangan beregu Rosmah dan Datin Seri Lee Sun Loh.

Mereka menewaskan gandingan Datin Seri Panglima Jauyah Mohd Yunin dan Datin Noraini Salleh dengan 15-0, 15-5.

Pasukan Bakti bagaimanapun gagal meneruskan momentum apabila tewas kepada pasangan beregu Bakisa.

Acara boling pula dimenangi oleh Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri).

Sebanyak 14 kontinjen dengan 560 peserta dari seluruh negara menyertai sukan tahunan itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment