Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 26, 2014

No Comment

DAMSYIK – Sekumpulan lelaki menggali runtuhan sebuah bangunan untuk menyelamatkan seorang bayi di Aleppo, Syria, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Rakaman bayi itu diselamatkan dapat ditonton menerusi laman YouTube.

Bayi lelaki itu tertimbus selepas bangunan berkenaan runtuh akibat serangan udara tentera Presiden Bashar Al-Assad.

Selepas beberapa minit menggali dengan menggunakan tangan, bayi lelaki itu berjaya dikeluarkan oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Bayi itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tentera Bashar bertempur dengan sebahagian besar penduduk tempatan yang menentang pemerintahannya sejak Mac 2011.

Penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang dianggap tidak membawa pembaharuan demokrasi di Syria.

Lebih 100,000 orang dilaporkan terbunuh dalam peperangan saudara itu. – Agensi

0 comments:

Post a Comment