Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 1, 2014

No Comment

INDIA – Hanya kerana mencuri sebungkus biskut, seorang budak lelaki berusia 12 tahun menerima hukuman kejam daripada penduduk kampung.

Dia telah dibogelkan sebelum diikat dengan kepala di bawah dan kaki ke atas, lalu dipukul sampai mati.

Seorang lagi rakannya yang berusia 13 tahun mengalami kecederaan.

Hukuman rimba itu diputuskan oleh `hakim’ di kampung itu selepas Chhotu Kumar bersama dua remaja lain didakwa mencuri daripada sebuah kedai di kampung Thadi.

Meskipun ibu bapa mereka merayu agar anak-anak mereka diampunkan selepas keadaan Kumar semakin nazak, namun ia tidak diendahkan.

Sebaliknya, `hakim’ kampung itu mendesak agar ibu bapanya membayar denda bernilai £100 dengan segera.

Namun memandangkan mereka adalah orang miskin, maka denda itu hanya mampu dibayar dalam masa dua hari, tetapi ditolak oleh `hakim’ .

Keadaan itu menyebabkan Kumar dibelasah hingga mati.

Polis sudah menangkap lapan orang susulan kejadian itu, dan akan memburu yang lain.

0 comments:

Post a Comment