KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea apabila tewas kepada Chen Long dari China di Gimnasium Olimpik 2, Seoul pada Ahad.
Pada perlawanan akhir itu, Chong Wei terpaksa akur dengan pencabarnya apabila kalah 14-21 dan 15-21 dalam masa 56 minit, demikian menurut laman web http://bwfbadminton.org/.
Kejuaraan kejohanan itu merupakan kejayaan pertama buat Chen Long manakala Chong Wei pula pernah meraih kemenangan pada 2010, 2012 dan 2013. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment