Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 22, 2014

No Comment

PADA Ahad  lepas, sebuah akhbar arus perdana melaporkan berita mengenai nasib kira-kira 3,000 orang pelajar pengajian jurusan kritikal di Mesir yang dibawa keluar ekoran konflik politik yang meletus di negara berkenaan pada Ogos tahun lalu.

Berita itu memetik kenyataan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Pelajar Melayu Mesir, Mohamad Johar Bukari yang mendakwa nasib 3,000 orang pelajar berkenaan kini dibiarkan tanpa sebarang pembelaan sehingga 80 peratus daripada mereka terpaksa pulang semula ke Mesir.

Menurut beliau, ada pelajar yang sudah diberi tempat di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), namun malangnya mereka tidak diberi pembiayaan sedangkan kos pengajian di Malaysia jauh lebih tinggi iaitu kira-kira RM350,000 berbanding hanya RM150,000 di Mesir.

Jadi persoalan yang timbul sekarang ialah benarkah nasib pelajar Melayu berkenaan tidak diberi pembelaan?

Penulis melakukan carian dan semakan lanjut untuk melihat kebenaran dakwaan beliau dan mendapati kenyataan Mohamad Johar dilihat sangat bertentangan dengan apa yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Pihak Kementerian sudah lama meneliti pelbagai langkah dan cara untuk membantu kumpulan 3,000 pelajar berkenaan yang belajar dalam jurusan merangkumi perubatan, pergigian dan farmasi.

PTPTN Tawar Pinjaman Pembiayaan Pendidikan

Menurut sumber hasil semakan lanjut,  dari sudut pembiayaan pengajian, sebenarnya pihak Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) menawarkan pinjaman berjumlah RM150,000 kepada pelajar yang mahu menyambung pelajaran mereka di IPT Awam (IPTA) atau IPTS.

“Jumlah pinjaman ini secara langsung dapat menampung jumlah perbezaan kos pengajian yang didakwa berada dalam lingkungan RM350,000 itu.

“Bukan itu sahaja, setiap pelajar juga diberi peluang untuk memohon kepada PTPTN walaupun sebelum ini mereka sudah menerima pinjaman daripada agensi lain sewaktu belajar di Mesir,” kata sumber berkenaan ketika dihubungi SiakapKeli.

Sumber itu berkata, hal demikian ditawarkan oleh PTPTN kerana pinjaman pelajar tersebut sebelum ini hanya sekitar RM150,000 selaras dengan kos pengajian di Mesir.

PTPTN menghulurkan bantuan untuk membantu pelajar-pelajar berkenaan menampung kos pengajian yang selebihnya di Malaysia.

“Persoalannya, mengapakah Mohamad Johar membuat kenyataan bahawa kumpulan pelajar tersebut tidak ditawarkan pembiayaan pendidikan seperti yang dijanjikan?

“Jika beliau selepas ini mendakwa pula bahawa jumlah kos pengajian RM350,000 ini terlalu mahal untuk seorang pelajar Melayu yang mahu menjadi doktor perubatan, perlu diingatkan bahawa kos pengajian terpaksa ditanggung oleh ribuan pelajar yang sedang mengambil jurusan perubatan di United Kingdom sekarang ialah kira-kira RM1.2 juta seorang,” kata sumber itu.

Ada Pelajar Tolak Tawaran Sambung Pengajian

Jika hendak mendakwa isu pembiayaan menjadi punca, sumber itu berkata pihak Kementerian telah menawarkan kepada 2,628 orang daripada kumpulan berkenaan untuk menyambung pelajaran di Malaysia, namun hanya 954 menerima tawaran tersebut.

“Selebihnya seramai 1674 orang menolak tawaran dengan alasan masing-masing,” katanya.

Menurut sumber, antara alasan yang diberikan adalah kos pengajian di Malaysia terlalu mahal, tidak mendapat IPT pilihan yang mereka sukai di negara ini, masalah penyelarasan jam kredit dan ada yang mendakwa mereka sudah selesa belajar di Mesir.

“Adakah wajar, apabila mereka menolak tawaran ini, maka Kementerian Pendidikan perlu dipersalahkan?” katanya.

Selain pembiyaan dan tawaran pengajian, Kementerian Pendidikan juga telah berbincang dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk memberikan sedikit kelonggaran syarat kemasukan bagi jurusan perubatan kepada kumpulan pelajar yang mahu meneruskan pembelajaran di Malaysia, menurut sumber.

Kelonggaran Bagi Syarat Kemasukan Dan Nisbah Pensyarah Kepada Pelajar

“Jika sebelum ini syarat kemasukan pelajar ke jurusan perubatan di Malaysia harus sekurang-kurangnya mendapat pangkat “B” bagi semua subjek di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagi kumpulan pelajar dari Mesir ini syarat tersebut dilonggarkan sedikit.

“Pelajar yang memperoleh satu subjek gred C dalam mana-mana subjek di peringkat SPM kecuali Biologi dan Kimia boleh memohon untuk menyambung pengajian di IPTS tertakluk kepada kekosongan tempat dan syarat sedia ada,” kata sumber itu.

Selain itu, sumber berkenaan menambah, ekoran pertambahan mendadak pelajar jurusan perubatan yang dipanggil balik dari Mesir, kelonggaran turut diberikan bagi nisbah pensyarah dengan pelajar iaitu seorang pensyarah untuk lapan pelajar (1:8).

“Semua ini dibuat untuk memastikan semua pelajar ini dapat menyambung pengajian mereka di Malaysia, nisbah asal ialah seorang pensyarah untuk empat orang pelajar (1:4),” katanya.

Sumber itu menyatakan, Kementerian Pendidikan juga melaksanakan kaedah penyelarasan pemindahan jam kredit.

Menurutnya, pihak kementerian bersetuju membenarkan pelajar Malaysia dari Mesir yang dipanggil balik menyambung pembelajaran mereka di mana-mana IPTA dan IPTS secara ‘one-off’ tertakluk kepada kekosongan tempat.

Kaedah one-off bermaksud pelajar Melayu dari Mesir boleh belajar di mana sahaja IPTA dan IPTS menggunakan tahun pengajian di Mesir dengan syarak menolak satu tahun di Mesir dianggap sebagai asas bagi pelajar yang biasa untuk mengikuti kursus perubatan.

“Bagi pelajar tahun tiga di Mesir, mereka memulakan pengajian mereka di peringkat pengajian tahun dua,” kata sumber berkenaan.

Hasil pemeriksaan inilah menunjukkan kerajaan dengan komitmen tinggi tidak pernah membiarkan para pelajar berkenaan terbiar tanpa ada sebarang penyelesaian terutamanya masa depan pembelajaran mereka.

Sehubungan itu, pihak yang berkenaan haruslah bersama kementerian menangani sebarang masalah atau perkara yang dilihat masih membelenggu para pelajar berkenaan dan bukannya bersifat tidak bersyukur dengan segala usaha yang telah dibuat- IBNU K

0 comments:

Post a Comment