Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 22, 2014

No Comment

**Baru ni akhbar Sinar Harian pun ada menyiarkan laporan mengenai judi-judi haram ini. Lepas laporan itu keluar, baru nampak polis buat-buat kerja sikit. Kelakarnya, wartawan boleh tahu segala tempat dan lokasi perjudian haram… polis konon tak tahu…. based on laporan akhbar tu baru nak bertindak… tapi cuba kalau kita buat hal kat tempat judi haram… kejap aje peronda sampai untuk angkut… tahu pulak yea…

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak menggesa kerajaan negeri Perak dan pihak polis mengambil tindakan drastik bagi memastikan negeri itu bebas premis judi haram yang merosakkan institusi kemasyarakatan.

Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss turut meminta kerajaan Perak menilai semula kelulusan yang diberi kepada premis pusat judi yang melangggar peraturan dan menjalankan aktiviti judi secara ‘online’.

“Pusat judi tersebut menyediakan pertandingan judi haram di tempat mereka secara sulit dan haram dan menjalankan operasi mereka sehingga larut pagi dengan mengawal pintu masuk utama mereka dengan ketat sekali.

“Kami berasa cukup bimbang kerana anak muda yang akan berada di pusat judi seperti ini sehingga lebih lima jam dan sehingga lewat pagi. Kami mendesak penguatkuasaan dilakukan dan mengharapkan pihak polis membenteras pusat judi seumpama ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berkata, masyarakat di tempat yang mempunyai pusat judi sebenarnya amat bimbang akan mempengaruhi anak-anak mereka termasuk yang masih bersekolah.

“Kami melihat Pusat Judi yang tumbuh macam ‘cendawan’ ini, sudah pasti mendapat ‘pelindungan’ bagi menjalankan operasi mereka.

“Jika dikaji akan ada satu pusat judi di kawasan perumahan yang mempunyai deretan kedai dan jarang ia ditutup,” dakwanya.

0 comments:

Post a Comment