Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 22, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – UMNO menarik balik saman fitnah yang dikenakan ke atas Tian Chua kerana Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang meminta kepada UMNO supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan, Tian Chua membuat tawaran untuk menyelesaikan kes tersebut kepada pihak UMNO melalui peguam UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun.

“Tawaran ini dibuat oleh Tian Chua dan bukan sebaliknya. Walaupun UMNO menyelesaikan kes saman tersebut, Tian Chua tetap berdepan dengan kes tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur yang laporan dibuat oleh rakyat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Tengku Adnan menegaskan UMNO tidak sama sekali berkompromi atau beralah dengan pihak yang berniat jahat, tetapi dalam kes saman itu Tian Chua yang meminta ia diselesaikan di luar mahkamah dengan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukan.

Media pada 16 Januari lalu melaporkan tindakan UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Tian Chua meremukkan hati seluruh ahli UMNO dan orang Melayu tetapi penjelasan diberikan barisan peguam juga sangat tidak meyakinkan.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Muhammad Zahid Md. Arip dipetik berkata, beliau bimbang tindakan itu akan mendedahkan UMNO kepada fitnah yang lebih teruk pada masa hadapan kerana pembangkang menyedari, mereka hanya perlu membuat permohonan maaf untuk mengelak disaman

Kes saman fitnah yang difailkan UMNO terhadap Tian Chua dan dua individu lain berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu, Sabah kononnya sandiwara UMNO diselesaikan di luar mahkamah baru-baru ini selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

0 comments:

Post a Comment