Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

Faizal Ismail
SELEPAS mengumumkan persaraannya sebagai penyampai radio HotFM tahun lalu, rezeki Faizal Ismail atau lebih dikenali dengan nama FBI semakin mencurah-curah.

Jika dihitung, penglibatannya dalam bidang radio mencecah belasan tahun namun, demi menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang perniagaan dan keluarga, dia rela berkorban.

Ketika masih bertugas di konti radio, Faizal berkata, dia jarang dapat menghabiskan masa bersama keluarganya kerana terikat dengan komitmen.

Biarpun sudah bersara, dia masih belum dapat melupakan konti dan masih lagi bertugas di hujung minggu demi melepas kerinduannya ke udara.

Kini, Faizal dilihat kerap muncul di kaca televisyen mengendalikan pelbagai program bual bicara seperti Nasi Lemak Kopi O, Apa Saja FBI dan terbaharu, Fulus.

Dalam masa sama, Faizal juga dikatakan beralih arah setelah menerima tawaran TV Alhijrah sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak.

Sebelum ini, dia banyak terlibat dengan pelbagai program yang dianjurkan syarikat penyiaran Media Prima sehingga dia dicop sebagai 'esklusif' oleh stesen TV lain.

Tegasnya, dia bukan seperti yang digambarkan oleh pihak tertentu dan alasan terikat dengan jadual ketat menyebabkan dia terpaksa menolak banyak tawaran luar.

"Jika saya betul-betul eksklusif, saya tidak akan menerima tawaran stesen lain untuk mengendalikan program bual bicara.

"Tugas sebagai penyampai radio yang memerlukan komitmen tinggi membuatkan saya perlu berfikir banyak kali untuk menerima sebarang tawaran.

"Kini, saya lebih bebas untuk menerima mana-mana tawaran dari stesen TV lain kerana jadual saya lebih fleksibel," tegasnya. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment