Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment
Taufek
NASIB 17 pemain bola sepak Kuala Lumpur yang didakwa atas tuduhan rasuah dan mengatur perlawanan bakal diketahui pada Isnin ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufek Abdul Razak mengumumkan keputusan tersebut selepas penangguhan mesyuarat berkenaan, petang semalam.

Taufek menjelaskan, empat lagi pemain skuad Ibu Kota iaitu Muhammad Syafiq Johari, Mohd Munir Amran, Muhamad Taufiq Mohd Shukor dan Ahmad Jihad Ismail hadir memberi keterangan, semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 17 pemain.

“Keputusan masih belum dibuat. Kita memerlukan masa untuk meneliti semua keterangan termasuk keterangan daripada pegawai Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

“Jadi kami membuat keputusan untuk menangguhkan dan keputusan penuh akan diketahui 3 Februari ini,” katanya.

Jelasnya, keterangan yang diperoleh daripada semua pemain berjalan lancar dan tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Kita bukannya lambat membuat keputusan tetapi ia melibatkan 17 pemain. Kita perlu kaji kes ini sebelum menjatuhkan hukuman,” katanya.

FAM sebelum ini mengenakan hukuman gantung seumur hidup dan denda RM20,000 terhadap tiga pegawai KLFA dan lima pemain Kuala Lumpur.

Tiga pegawai tersebut ialah ketua jurulatih, Stanislav Lieskovsky dan dua pegawai pasukan, Rosli Omar dan Shaari Jani.

Manakala lima pemain yang terlibat ialah Jeremy Danker, Khairul Anuar Shafie, Hafizi Roslee, Fadhlullah Yunsifar dan Phoo Kai Lun.

0 comments:

Post a Comment