Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas kereta Perodua MyVi yang dipandunya terhumban ke bawah dari parkir tingkat empat sebuah bangunan di Kota Kinabalu, Sabah.
Kejadian dilaporkan berlaku jam 7.30 pagi tadi di bangunan Star City dekat Asia City ketika mangsa hendak meletakkan keretanya di kotak parkir bangunan terbabit.
Mangsa yang tersepit dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth selepas dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.
Sebenarnya, kisah kenderaan jatuh dari bangunan ketika hendak parkir bukan perkara pelik.
Sepuluh hari lalu, insiden lebih kurang serupa turut menimpa seorang pemandu di negara jiran kita, Indonesia apabila sebuah kereta Avanza jatuh dari parkir tingkat dua kompleks beli belah Mall of Indonesia (MOI), Kelapa Gading, Jakarta Utara.
Pemandu Avanza tersebut bagaimana pun terselamat selepas berjaya merangkak keluar dari kereta yang remuk. - REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment