Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 30, 2014

30
Jan2014
No Comment

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kesal dengan penyebaran maklumat berhubung operasi mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata maklumat kononnya antara lain pihaknya menetapkan sasaran untuk setiap anggota mengeluar 15 saman serta mengenakan kadar kompaun tidak kurang daripada RM1,000 sebagai tidak benar.

Beliau berkata JPJ tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang tersebar luas di laman sosial mahupun menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Kita mula mengesan laporan palsu itu Selasa lalu dan agak terkejut kerana ada beberapa perkara yang tidak benar di dalam mesej tersebut.

“Kita telah panjangkan mesej tersebut pada pihak ibu pejabat untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment