Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment
Ruben Brusch

GCH Retail (M) Sdn Bhd menerusi jenama Giant melancarkan transaksi e-debit di semua pasar rayanya sebagai usaha menggalakkan pelanggan membuat pembayaran barangan dengan cara lebih mudah dan selamat.

Pengarah Pemasaran GCH Retail, Ruben Brusch berkata, urus niaga tanpa tunai adalah langkah bijak dan seharusnya dijadikan trend membeli belah kini. Malah tiada caj perkhidmatan dikenakan bagi setiap transaksi.

“Selain membantu peniaga mengurangkan risiko serta kos perniagaan. Peniaga juga dapat menikmati kadar diskaun untuk penggunaan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atau debit kira-kira 40 peratus lebih rendah berbanding kad debit dan kredit jenama antarabangsa.

“Ia penting bagi peruncit kos rendah seperti kami yang sentiasa mencari alternatif bagi mengurangkan kos operasi, sekali gus memberi manfaat penjimatan kepada pelanggan dalam bentuk harga yang lebih rendah,” katanya selepas pelancaran Kempen Tanpa Tunai, Giant dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear) di Subang Jaya, semalam.

Menurutnya, sebagai peneraju harga rendah terunggul di Malaysia, Giant mempunyai 128 cawangan seluruh negara, mendedahkan sebanyak 80 peratus transaksi dilakukan dalam bentuk tunai.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan MyClear, Peter Schiesser berkata, pembayaran melalui ATM mencatat pertumbuhan pesat 26 peratus setiap tahun dengan anggaran 5.2 juta mata transaksi jualan bernilai RM2.4 bilion tahun lalu.

“Sehingga Oktober 2013, terdapat terdapat 41 juta pemegang kad debit di seluruh negara. Bagaimanapun pembayaran yang dibuat melalui kad debit atau e-debit masih rendah di kalangan rakyat negara ini.

“Ini kerana kebanyakan institusi kewangan lebih fokus kepada kempen penggunaan kad kredit berbanding kad debit selain kesedaran yang rendah dalam kalangan pengguna,” katanya.

0 comments:

Post a Comment