Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) di sini, Norafzareen Zainol, 27, mahu merawat penyakit seperti kencing manis dengan hanya menggunakan ekstrak kunyit.

Beliau yang menerima Ijazah Perubatan dan Surgeri (MBBS) pada majlis konvokesyen ke-14 MSU hari ini berkata beliau telah menjalankan kajian mengenai kunyit sebagai penawar penyakit sepanjang tempoh pengajiannya.

“Saya juga bercadang menghasilkan satu kertas penyelidikan berhubung perkara ini dalam peringkat pascaijazah saya nanti,” katanya kepada pemberita selepas menerima ijazah daripada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang juga Canselor MSU.

Anak ketiga dari empat beradik ini berkata beliau berbangga menerima ijazah MBBS sebab merupakan orang pertama dalam keluarganya yang berkelulusan dalam bidang perubatan.

Beliau yang berminat mengambil jurusan obsetrik dan ginekologi di peringkat pascaijazah berkata adiknya juga sedang mengikuti jejaknya dengan mengikuti pengajian MBBS di MSU.

Norafzareen yang dilahirkan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang sedang berkhidmat sebagai doktor pelatih di Hospital Melaka berkata sokongan dan keyakinan yang diberikan keluarganya banyak membantunya untuk memilih bidang perubatan sebagai kerjayanya.

Sementara itu graduan sulung dari program Ijazah Teknologi Mobil Tanpa Wayar, Faliq Zulkifli, 25, merasa bangga menjadi graduan tunggal untuk program tersebut.

Anak sulung dari tiga beradik yang berasal dari Subang Jaya, Selangor ini berkata beliau mengambil jurusan berkenaan sebab mendapati banyak syarikat kini yang mengadaptasi teknologi Mobil Tanpa Wayar dan merupakan bidang baharu yang berpotensi untuk dibangunkan di negara ini.

Presiden MSU Prof Datuk Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata majlis konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 218 graduan Ijazah MBBS dari Kampus MSU cawangan Shah Alam dan cawangan Bangalore, India menjadi kumpulan terbesar menerima ijazah.

Katanya selain program Ijazah Teknologi Mobil Tanpa Wayar, majlis konvokesyen kali ini turut menyaksikan graduan sulung dari dua bidang pengajian lain iaitu Bachelor in Instructional Multimedia dan Diploma Perubatan Tradisional Cina. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment